WANITA Afghanistan ketika menyertai demonstrasi di Kabul bagi menuntut hak terhadap kebajikan mereka.  FOTO AFP
WANITA Afghanistan ketika menyertai demonstrasi di Kabul bagi menuntut hak terhadap kebajikan mereka. FOTO AFP
AFP

Kabul: Pelajar perempuan di Afghanistan dibenarkan kembali ke sekolah dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Taliban, pada Selasa, selepas mengumumkan baki jawatan dalam dalam Kabinet yang semuanya dianggotai kaum lelaki.

"Kami sedang menyelesaikan perkara itu.... ia akan berlaku secepat mungkin," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berhubung pendidikan pelajar perempuan.

Sebelum ini, kementerian pendidikan mengarahkan guru dan pelajar lelaki kembali ke sekolah menengah pada hujung minggu, tetapi tidak menyebut status pendidik wanita dan pelajar perempuan di negara itu.

Mujahid juga tidak merujuk kepada kementerian hal ehwal wanita yang ditutup sejak minggu lalu dan digantikan dengan jabatan yang terkenal kerana menegakkan doktrin agama ketika zaman pemerintahan Taliban sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 4:51 PM