TENTERA Darat Indonesia paling ramai terbabit dalam kes keganasan terhadap orang awam. FOTO AFP
TENTERA Darat Indonesia paling ramai terbabit dalam kes keganasan terhadap orang awam. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Sebanyak 277 kes keganasan membabitkan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) direkodkan Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (Kontras) sepanjang 2018 hingga 2021.

CNN Indonesia memetik Penyelidik Kontras, Revanlee Anandar berkata, kebanyakan kes didominasi oleh tentera darat dengan 228 kes.

Katanya, kes kekerasan TNI membabitkan isu penganiayaan, penyeksaan, tembakan dan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Beliau turut menjelaskan, keganasan membabitkan tangkapan sewenang-wenangnya, keselamatan perniagaan, gugur kandungan secara paksa, merampas tanah dan jenayah seksual.

"Sebanyak 151 kes penganiayaan diikuti menggertak orang ramai dengan 57 kes," katanya.

Menurut Revanlee, pola kekerasan berulang menunjukkan mekanisme pengawasan masih lemah terhadap sikap perajurit di lapangan.

"Baik pelanggaran etika, disiplin mahupun peraturan," katanya.

Kes keganasan yang menjadi tumpuan ramai tahun ini membabitkan dua anggota TNI yang memijak kepala orang awam di Merauke, Papua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 8:56 AM