Amir Khan Muttaqi. FOTO EPA
Amir Khan Muttaqi. FOTO EPA
BERNAMA

Kabul: Timbalan Menteri Luar kerajaan sementara Taliban pada Selasa berkata, pihaknya bersedia menjalin hubungan yang erat dengan Turki.

Bercakap pada sidang media pertamanya di Kementerian Luar, di Kabul, Amir Khan Muttaqi berkata, Taliban mahu menjalin hubungan baik dengan negara lain, lapor Agensi Anadolu.

Taliban berharap Turki dapat membantu dalam kerja-kerja pembinaan infrastruktur di negara itu, terutama pembangunan semula lapangan terbang Kabul.

Merujuk kepada mesyuarat di Geneva mengenai situasi kemanusiaan di Afghanistan, Muttaqi berkata, pihaknya menghargai ikrar sumbangan lebih AS$1.1 bilion kepada Afghanistan.

Katanya, Taliban akan bekerjasama dengan negara-negara penyumbang dan bantuan ini akan diagihkan secara telus.

Beliau turut meminta Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam untuk membantu pembangunan Afghanistan.

Menurutnya sekatan terhadap wang Afghanistan oleh AS adalah tindakan kejam dan tidak sepatutnya mencampuradukkan isu kemanusiaan dengan politik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 1:47 PM