Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Wellington: New Zealand melaporkan kematian pertama membabitkan varian Delta, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 20 kes baharu Covid-19 membabitkan penularan tempatan dilaporkan di Auckland hari ini, lapor Agensi Berita Xinhua.

Kes kematian itu membabitkan wanita berusia lingkungan 90-an dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Rakyat yang lebih tua dan mempunyai masalah kesihatan paling berisiko terkena virus itu. Satu daripada kunci utama adalah untuk menghentikan penularannya," kata Ardern.

Menurut kenyataan itu, masalah kesihatan wanita berkenaan menyebabkan dia tidak boleh diberikan bantuan pernafasan atau rawatan di unit rawatan rapi.

Auckland bandar raya terbesar di New Zealand dikenakan sekatan pergerakan tahap empat dan seluruh negara pula di bawah sekatan tahap tiga.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 12:28 PM