Keadaan jalan raya di Bangkok yang lengang selepas kerajaan Thailand mengumumkan sekatan pergerakan selama 14 hari bermula 3 Ogos. - FOTO EPA
Keadaan jalan raya di Bangkok yang lengang selepas kerajaan Thailand mengumumkan sekatan pergerakan selama 14 hari bermula 3 Ogos. - FOTO EPA
Agensi

Bangkok: Thailand mencatatkan rekod kes tertinggi hari ini dengan 188 kematian dan buat pertama kalinya kes positif Covid-19 melebihi angka 20,000 dalam tempoh 24 jam.

Rekod tertinggi sebelum ini dicatatkan pada Sabtu lalu dengan 18,912 kes positif dan 178 kematian.

Sebanyak 20,200 kes positif dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 672,385 kes dan 5,503 kematian sejak ia mula dikesan tahun lalu, lapor Bangkok Post.

Seramai 211,076 individu sedang menerima rawatan di hospital, termasuk 4,910 pesakit tenat dengan 1,035 bergantung kepada ventilator.

Bangkok kekal sebagai pusat wabak dengan kes tertinggi dicatatkan diikuti Chonburi dan Samut Sakhon.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 5:09 PM