SUASANA lengang di Seoul susulan kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO  EPA
SUASANA lengang di Seoul susulan kawalan pergerakan bagi mengekang penularan Covid-19. FOTO EPA
Agensi

Seoul: Ketika gelombang keempat Covid-19 menunjukkan beberapa tanda semakin reda, pegawai kesihatan Korea Selatan menyatakan kebimbangan dengan varian Delta yang berupaya menular dengan kuat dan menjadi dominan di negara itu.

Korea Biomedical Review melaporkan, kadar pengesanan varian Delta meningkat 48 peratus pada minggu lalu daripada semua kes yang dijangkiti dan menunjukkan peningkatan pesat.

"Kami secara objektif dapat meramalkan bahawa ia akan melebihi 50 peratus minggu ini, "kata Jurucakap Kementerian Kesihatan dan Kebajikan,Son Young-rae.

Son memaklumkan kes varian Delta yang dulu dominan terutama di wilayah metro Seoul kini merebak ke seluruh negara.

Menurut pihak berkuasa kuarantin, kadar pengesanan varian Delta hanya 3.3 peratus pada minggu keempat bulan Jun.

Namun, ia meningkat kepada 48 peratus pada minggu ketiga bulan Julai dengan peningkatan 44.7 peratus dalam tempoh sebulan.

Penyebaran virus di kawasan bukan wilayah Seoul, baru-baru ini, menjadi masalah ketika pelancong melakukan perjalanan ke destinasi pelancongan seluruh negara pada musim panas, dengan kira-kira 40 peratus kes yang baru dilaporkan berasal dari daerah bukan ibu negara.

Bagi membendung penyebaran virus, Korea melanjutkann pergerakan tahap empat di wilayah metropolitan Seoul selama dua minggu hingga 8 Ogos.

Sekatan yang paling ketat itu melarang perjumpaan lebih daripada dua orang selepas jam 6 petang.

Perintah berkurung pula dikenakan bermula jam 10 malam dengan larangan restoran, kafe, kelab malam dan tempat hiburan lain beroperasi dalam tempoh itu.

Negara itu juga memutuskan untuk menguatkuasakan sekatan tahap tiga di kawasan bukan ibu kota pada Selasa hingga 8 Ogos untuk membendung virus itu pada musim cuti musim panas dengan lebih baik.

Di bawah tahap tiga, kafe dan restoran dapat menerima pelanggan hingga jam 10 malam dan hanya perkhidmatan penghantaran tersedia selepas waktu itu.

Perhimpunan peribadi lebih dari lima orang dilarang, sementara acara berkumpul secara besar-besaran dapat memuatkan kurang dari 50 orang.

Son berkata, kepantasan penularannya sendiri jauh lebih cepat daripada gelombang virus kedua dan ketiga,

"Jadi, kami meningkatkan ukurannya sehingga dapat menghilangkan jangkitan tersembunyi dan penularan senyap di masyarakat," katanya.

Korea Selatan mencatatkan pertambahan kes 1,318 kes Covid-19, termasuk 1,264 jangkitan tempatan.

Ia menjadikan jumlah kes kumulatif sebanyak 190,166, menurut Badan Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Angka itu mencatatkan penurunan berbanding 1,487 pada hari Ahad.

Wabak Covid-19 merebak di seluruh negara dengan meningkatnya aktiviti pada musim panas dan kenaikan cepat dari varian delta yang sangat menular.

Empat lagi individu maut akibat virus itu, menjadikan angka kematian menjadi 2,077 dengan kadar kematian 1.09 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 6:20 PM