GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New Delhi: Lebih 4,300 orang meninggal dunia akibat jangkitan kulat hitam di India yang menyerang pesakit Covid-19.

India melaporkan 45,374 kes penyakit jarang berlaku itu atau secara saintifiknya dalam dunia perubatan dipanggil mukormikosis, menurut Menteri Kesihatan India, Mansukh Mandaviya.

BBC Indonesia melaporkan seorang doktor bedah mata di Bangalore, Dr Raghuraj Hegde mengakui kes dan kematian akibat kulat hitam itu banyak terjadi, tetapi tidak dilaporkan secara rasmi.

"Kebiasaannya kematian akibat mukormikosis terjadi beberapa minggu hingga bulan selepas terkena penyakit ini.

"Sistem kami yang ada ketika ini tidak bagus untuk merekod data," kata Hegde.

Alasan di sebalik kenapa kes itu tidak tercatat juga disebabkan diagnosis sulit dilakukan di hospital kecil dan di kampung.

Katanya, pesakit yang mengalami simptom itu kurang dirawat di hospital di bandar.

Sebahagian doktor percaya ramai pesakit meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.

Kemudian, sebahagian pesakit juga berjaya sembuh tanpa dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Kami melihat pesakit penyakit ini ditangani secara bersungguh-sungguh dan dibolehkan pulang, tetapi masuk semula ke hospital kerana penyakit sama.

"Penyakit ini mula menyerang mata dan otak," kata doktor bedah mata di Mumbai, Dr Akshay Nair.

Dilaporkan, beberapa kes mukormikosis dilaporkan di Indonesia sebelum pandemik Covid-19.

"Bagaimanapun angkanya tidak banyak namun angka kematian yang tinggi," kata doktor di Pusat Mikosis Paru-Paru, Dr Anna Rozaliyani MBiomed.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Julai 2021 @ 6:50 AM