Jalan yang rosak akibat banjir dan tanah runtuh di bandar Gongyi di Zhengzhou, wilayah Henan, China. - AFP
Jalan yang rosak akibat banjir dan tanah runtuh di bandar Gongyi di Zhengzhou, wilayah Henan, China. - AFP
AFP

Beijing: China menghentikan operasi pelabuhan dan laluan kereta api sebagai persediaan menghadapi Taufan In-Fa yang dijangka berlaku esok.

Berdasarkan ramalan kaji cuaca, taufan berkenaan mungkin melanda lewat esok di wilayah Zhejiang berhampiran Shanghai, menurut agensi berita Xinhua.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tahap III di mana lebih 100 kereta api yang sepatutnya melalui laluan wilayah itu dibatalkan, menurut China Railway.

Pihak berkuasa Shanghai juga telah menutup taman awam dan muzium serta memberi amaran kepada penduduk untuk menghentikan perhimpunan berskala besar selain kekal duduk di rumah.

Sementara itu, semua dok kapal kontena ditutup dari Pelabuhan Yangshan di Shanghai dan 150 kapal termasuk kapal penumpang dan kargo dikeluarkan dari kawasan itu.

Di wilayah Henan, di mana banjir bersejarah minggu ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang, pihak berkuasa secara beransur-ansur membersihkan dan membuka semula jalan yang disekat dengan kenderaan dan serpihan.

Berjuta-juta telah terjejas oleh banjir, dengan beberapa terperangkap tanpa makanan segar atau air selama berhari-hari.

Lebih 495,000 orang telah dipindahkan, dengan banjir menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 9:01 PM