Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Agensi

Phnom Penh: Kemboja akan memulakan program vaksinasi Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia antara 12 dan 17 tahun bermula 1 Ogos ini.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata, beliau akan membawa cucu-cucunya berusia 12 hingga 17 tahun untuk suntikan yang bermula di Calmette Hospital, di sini.

Katanya, program berkenaan akan dimulakan di Phnom Penh terlebih dahulu dan sekiranya jumlah vaksin bertambah, ia akan melaksanakan pemberian vaksin serentak untuk individu dewasa dan kanak-kanak.

Khmer Times melaporkan, terdapat kira-kira dua juta kanak-kanak berusia antara 12 dan 17 tahun di Kemboja.

Hun Sen juga menggesa ibu bapa dan penjaga untuk bersedia membawa kanak-kanak mendapatkan vaksin Covid-19 bagi membina imuniti kelompok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 6:12 PM