VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
VAKSIN Pfizer. FOTO fail AFP
Agensi

Baitulmaqdis: Israel pada Ahad memaklumkan untuk mula memberi dos ketiga vaksin Pfizer kepada golongan dewasa yang mempunyai daya imunisasi rendah.

Namun, keputusan itu masih dipertimbangkan untuk diberikan kepada umum.

Penularan pantas varian Delta Covid-19 menyebabkan peningkatan mendadak kes jangkitan di Israel.

Jumlah satu angka kes harian kini melonjak kepada 450 kes sehari sejak bulan lalu dan negara itu akan meningkatkan penghantaran vaksin Pfizer.

Menteri Kesihatan, Nitzan Horowitz berkata, golongan dewasa dengan sistem imunisasi rendah yang sudah menerima vaksin Pfizer boleh mendapat suntikan penggalak, dengan keputusan untuk memperluaskan usaha itu masih belum diputuskan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 10:08 AM