GAMBAR fail menunjukkan Suu Kyi (kiri) dan Presiden yang ditahan Win Myint ketika hadir di mahkamah pertama kali. FOTO AFP.
GAMBAR fail menunjukkan Suu Kyi (kiri) dan Presiden yang ditahan Win Myint ketika hadir di mahkamah pertama kali. FOTO AFP.
AFP

Naypyidaw: Perbicaraan pemimpin Myanmar yang digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera, Aung San Suu Kyi akan bermula minggu depan, kata peguamnya kepada AFP.

"Kami akan mendapatkan keterangan daripada plaintif dan saksi-saksi pada pendengaran seterusnya, yang dijadualkan 14 Jun depan.

"Beliau meminta semua (rakyat) supaya sentiasa kekal sihat," kata peguam Min Min Soe selepas mengadakan pertemuan dengan Suu Kyi yang sedang ditahan di pusat bandar Naypyidaw.

Peguam Suu Kyi hanya bertemu wanita itu dua kali sejak Junta meletakkannya di bawah tahanan di rumah.

Malah, peguamnya turut berdepan masalah untuk bertemu pelanggannya.

Junta Myanmar turut mengugut untuk membubarkan parti politiknya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Wartawan AFP berkata, terdapat ramai anggota polis di sekitar perkarangan dewan Naypidaw, berhampiran mahkamah dengan sekatan jalan sepanjang laluan ke kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 3:53 PM