PENDUDUK Palestin terpaksa tinggal di dalam khemah yang dirikan di bangunan yang runtuh akibat serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza. FOTO AFP
PENDUDUK Palestin terpaksa tinggal di dalam khemah yang dirikan di bangunan yang runtuh akibat serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza. FOTO AFP
AFP

Kaherah: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membincangkan mengenai gencatan senjata di Gaza serta pertikaian mengenai empangan mega dengan Habsyah.

Pejabat Presiden Mesir berkata, dalam masa tidak sampai seminggu, dua perbincangan dibuat bagi mencari jalan membina semula Gaza, selain menyediakan bantuan kemanusiaan segera ke wilayah yang disekat Israel itu.

Malah, minggu lalu, Sisi berikrar memperuntukkan dana berjumlah AS$500 juta (RM2.1 bilion) bagi membangunkan semula Semenanjung Gaza selepas serangan tentera zionis Israel selama 11 hari.

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berlaku pada Jumaat lalu, atas inisiatif diplomatik oleh Mesir, yang menghantar dua delegasi ke Tel Aviv dan wilayah Palestin untuk mengawasi pelaksanaan gencatan senjata.

Dalam pada itu, Biden dalam satu kenyataan turut menyatakan hasrat bagi memastikan situasi di wilayah Palestin kembali aman.

Beliau berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama antarabangsa akan berganding bahu bagi menyokong pembangunan semula Palestin.

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu keselamatan air yang berlarutan selama sedekad dengan Habsyah.

Pembinaan empangan gergasi di Sungai Nil dikhuatiri akan memberi kesan kepada sumber bekalan air di Sudan dan Mesir.

Rundingan membabitkan tiga negara itu gagal menemui titik penyelesaian disebabkan pendirian Habsyah yang bertegas mahu meneruskan projek terbabit.

Tetapi Habsyah mengatakan projek mega itu akan diteruskan dengan fasa kedua pada Julai dan Ogos, walaupun tidak ada persetujuan yang dicapai.

Biden memberitahu Sisi, "Washington memahami sepenuhnya kepentingan isu ini untuk rakyat Mesir," menurut kenyataan itu.

Biden memberitahu Sisi, Washington amat memahami isu itu dilihat amat penting bagi rakyat Mesir.

Mereka turut menyentuh isu hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Biden dan menjadi dasar luar pentadbirannya.

Sisi sebelum ini berdepan kritikan hebat berhubung hak asasi manusia susulan penggulingan bekas presiden, Mohamed Morsi oleh tentera pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Mei 2021 @ 9:50 AM