PETUGAS kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di India. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di India. FOTO AFP
AFP

New Delhi: India pertama kali merekodkan lebih 4,000 kematian dalam sehari, akibat Covid-19.

Lebih banyak negeri mula menguatkuasakan sekatan pergerakan (lockdown) dalam usaha untuk mengekang lonjakan kes baharu.

Sebanyak 4,187 kes kematian itu menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat Covid-19 di negara itu kepada 238,270 orang.

Dalam pada itu, 401,078 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 21.9 juta, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.

Berdasarkan pakar, gelombang baharu itu masih tidak akan sampai ke kemuncak sehingga akhir bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 1:24 PM