LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Agensi

Jakarta: Indonesia meminta bantuan Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat kapal selam untuk membantu mengesan KRI Nanggala-402 yang hilang sejak pagi ini.

Panglima Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto berkata, kapal berkenaan dipercayai tidak dapat dikesan sejurus selepas diberi kebenaran untuk menyelam.

"Selepas diberikan 'clearance' kami tidak dapat menghubungi mereka (KRI Nanggala-402)," katanya.

Menurutnya, beliau meletakkan harapan untuk menjumpai semula kapal selam berkenaan dan telah mengerahkan pelbagai aset ketenteraan ke lokasi kejadian.

Terdapat spekulasi yang mengatakan kapal berkenaan berada di kedalaman 700 meter.

KRI Nanggala-402 yang membawa 53 kru dipercayai terputus hubungan ketika sedang menjalani latihan torpedo di laut Bali. Latihan berkenaan sepatutnya dihadiri Panglima Hadi dan Laksamana Yudho Margono esok.

Malah, sekumpulan wartawan juga dijemput hadir menyaksikan latihan berkenaan pagi ini.

Kompas melaporkan, berdasarkan pemerhatian menggunakan aplikasi Marine Radar, sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi, terdapat dua kapal tentera dikesan di utara Bali.

Kedua-duanya dilihat berada pada posisi bersebelahan namun pada jam 3.30 petang, satu daripada kapal berkenaan mendekati pesisir Bali Utara.

Berita berkaitan

Kapal selam Indonesia hilang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 8:53 PM