KRI Nanggala-402.
KRI Nanggala-402.
BERNAMA

Jakarta: Kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala-402 dipercayai terputus hubungan ketika sesi latihan di perairan berhampiran Bali, lapor agensi Anadolu yang meemtik ketua pasukan tentera.

Panglima Hadi Tjahjanto, Komander Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia memaklumkan wartawan bahawa pasukan tentera telah mengerahkan semua asetnya yang dilengkapi sistem pengesan untuk melakukan carian sekitar 95 kilometer dari Bali.

Ketua Perkhidmatan Maklumat Angkatan Laut Indonesia, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata, KRI Nanggala-402 terputus hubungan sejak awal pagi ini.

Kapal selam berkenaan dihasilkan pada 1981 oleh Howaldtswerke di Kiel, Jerman.

Ia adalah kapal selam jenis 209/1300 yang biasa digunakan oleh tentera laut dunia.

Dipercayai seramai 53 kru berada dalam kapal selam berkenaan.

Ia dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.

Sementara itu, Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 8:30 PM