CHADISIN disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengimamkan solat tarawih. FOTO Instagram
CHADISIN disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengimamkan solat tarawih. FOTO Instagram
Agensi

Surabaya: Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang mengimamkan solat tarawih, kelmarin.

Lelaki bernama Chadisin itu dikatakan tiba-tiba rebah ketika mengimamkan solat.

Kejadian di Musala Al-Hidayah Pandean, di sini, itu mengejutkan jemaah lain sebelum mereka bergegas memberi bantuan kepada mangsa

Tribunnews melaporkan, usaha jemaah untuk memberikan bantuan pernafasan bagaimanapun tidak berjaya.

Chadisin disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Foto jenazah Chadisin di ruang solat dikongsi di Instagram dan mendapat respons daripada warganet.

Mereka mendoakan supaya Chadisin ditempatkan dalam kalangan orang beriman kerana meninggal dunia ketika mengimamkan solat.

"Meninggal dunia ketika mengimamkan solat, semoga peroleh khusnul khatimah, Al-fatihah," kata seorang netizen.

"Semoga amal ibadah dan amal soleh beliau diterima di sisi Allah SWT serta semua khilaf salah dan dosa beliau diampunkan," kata seorang lagi netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 April 2021 @ 2:00 PM