ORANG Islam menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Istiqlal, Jakarta, semalam. FOTO AFP
ORANG Islam menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Istiqlal, Jakarta, semalam. FOTO AFP
BERNAMA

Jakarta: Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Ramadan mulai hari.

Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas dalam sidang media menerusi webinar malam tadi, mengumumkan tarikh 1 Ramadan 1442 Hijrah adalah bersamaan 13 April 2021.

Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) yang dilakukan menerusi sidang video antara pegawai-pegawai kementerian, Majlis Agama Islam Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

Pemerintahan Indonesia juga membenarkan umat Islam menunaikan solat Tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan Covid-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan (50 peratus daripada kapasiti masjid).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 8:33 AM