GAMBAR pada 20 Mac menunjukkan orang ramai memakai perisai ketika menyertai tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa di Myanmar. FOTO AFP
GAMBAR pada 20 Mac menunjukkan orang ramai memakai perisai ketika menyertai tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa di Myanmar. FOTO AFP
AFP

Yangon: Doktor dan jururawat di tengah Myanmar, pada Ahad, menyertai demonstrasi membantah rampasan kuasa oleh tentera negara itu.

Mereka memakai topi keselamatan dan membawa poster pemimpin Aung San Suu Kyi yang digulingkan pada 1 Februari lalu.

Protes di Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar itu diadakan pada pagi bagi mengelak pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Bantahan itu sehari selepas kumpulan pemerhati tempatan mengesahkan kematian empat peserta tunjuk perasaan.

Menurut, Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP), angka kematian akibat siri bantahan yanf sudah berlanjutan beberapa minggu itu, sudah hampir 250 orang.

Pada 1 Februari lalu, tentera merampas kuasa selepas menahan Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara dan Presiden Myanmar Win Myint.

Ia selepas tentera Myanmar menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya umum November lalu.

Tentera Myanmar kemudian mengisytiharkan darurat selama setahun dan melantik Panglima Angkatan Tenteranya, Jeneral Min Aung Hlaing sebagai pemangku Presiden.

Susulan itu, demonstrasi tercetus di seluruh negara bagi membantah rampasan kuasa oleh tentera.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mac 2021 @ 3:48 PM