Agensi

Auckland: Gempa bumi bermagnitud 6.3 menggegarkan New Zealand, pada Sabtu.

Bernama yang memetik Kajian Geologikal Amerika Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu berlaku di 182 kilometer di timur laut Gisborne.

Pusat gempa dikesan pada kedalaman 11.57 km.

Semalam, gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda Kepulauan Kermadec, negara itu.

Bagaimanapun, ia tidak menyebabkan tsunami.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 10:03 AM