GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Pontianak: Terdesak untuk mendapatkan wang untuk berkahwin menyebabkan seorang mahasiswa nekad mencuri pikap.

Lelaki yang berasal dari daerah Sambas di Kalimantan Barat itu melakukan jenayah berkenaan bersama seorang rakannya.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Jawai, Saemani ketika dihubungi portal Kompas.

"Polis berjaya menahan lelaki selepas mendapat maklumat mengenai kejadian. Pikap berkenaan milik penduduk Desa Sentenang," katanya.

Berdasarkan siasatan lanjut, suspek mengakui mencuri kenderaan itu kerana memerlukan wang untuk bernikah.

Namun, disebabkan perbuatannya itu, suspek bukan saja tidak dapat berkahwin malah terpaksa meringkuk di dalam penjara.

"Suspek mengakui mencuri kenderaan itu kerana terdesak mendapatkan wang untuk bernikah," katanya.

Saemni berkata, kejadian berlaku selepas pikap berkenaan diletakkan pemiliknya berhampiran sebuah gudang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 6:30 AM