PENDUDUK berkesperimen ketika hari tanpa bayang-bayang. FOTO Kompas
PENDUDUK berkesperimen ketika hari tanpa bayang-bayang. FOTO Kompas
Agensi

Bandung: Hari tanpa bayang-bayang berlaku di daerah Majalengka di Jawa Barat, semalam, menarik minat penduduknya untuk bereksperimen.

Penduduk berdiri di ruang terbuka di bawah terik matahari dan merakam gambar mereka, tanpa bayang-bayang.

Portal Kompas melaporkan, ahli meteorologi Majalengka, Ahmad Faa Izuin berkata, fenomena itu dipanggil kulminasi yang menyebabkan bayang pada objek tegak akan hilang.

Faizyin berkata, hari tanpa bayang-bayang turut dikesan berlaku di Sumedang, Kota dan Cirebon.

"Hari tanpa bayang-bayang Kota, pada 11.57 pagi: Cirebon, jam 11.58 pagi dan Sumedang, jam 12.00 tengah hari (waktu tempatan)," katanya.

Hari tanpa bayang juga berlaku di Indramayu dijangka pada 11.58 pagi.

"Fenomena hari tanpa bayang-bayang ini akan berlaku setiap tahun," katanya.

Ketika fenomena itu, matahari berada tepat 'di atas kepala' pada waktu tengah hari.

Ini menyebabkan bayang-bayang tidak kelihatan, jika seseorang berdiri di tempat terbuka seperti kawasan lapang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 3:37 PM