GAMBAR hiasan. FOTO AFP
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Agensi

Makkah: Kira-kira sejuta orang wanita sudah dibenarkan mengerjakan umrah dan menunaikan solat di Masjidilharam sejak pihak berkuasa memberi kelonggaran secara berperingkat bagi pelaksanaan ibadah itu mulai 4 Oktober lalu.

Menerusi kelonggaran pada fasa ketiga yang bermula 1 November lalu, jemaah haji dari luar negara dibenarkan untuk melakukan ibadat bersama penduduk tempatan.

Gulf News melaporkan sebelum ini Arab Saudi menangguhkan umrah pada bulan Mac dan hanya membenarkan sebilangan kecil jemaah melaksanakan haji pada Julai sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa juga menerima permohonan visa jemaah dari luar negara, yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan didaftarkan melalui ejen bertauliah atau syarikat umrah.

Selain itu, Arab Saudi mengumumkan umat Islam di seluruh dunia berusia antara 18 dan 50 tahun dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar negara, dibuka mulai 1 November lalu.

Untuk kelonggaran pada fasa pertama yang berlangsung selama 14 hari, 84,000 jemaah termasuk 26,209 wanita menjalani ibadat iaitu 6,000 orang setiap hari.

Bagi fasa kedua, seramai 210,000 jemaah menunaikan ibadat umrah pada fasa kedua, yang berlangsung selama 14 hari, dengan kapasiti 15,000 jemaah setiap hari.

Fasa ketiga menyaksikan 500,000 jemaah melakukan ibadah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Disember 2020 @ 6:30 AM