PENDUDUK melihat saliran yang terbentuk akibat lahar Gunung Berapi Semeru. FOTO AFP
PENDUDUK melihat saliran yang terbentuk akibat lahar Gunung Berapi Semeru. FOTO AFP
Agensi

Jakarta: Seorang lelaki terbunuh akibat letusan Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia, semalam.

Tribunnews melaporkan lahar daripada gunung berkenaan turut menyebabkan kematian berbelas haiwan ternakan.

Tiga kawasan yang terletak berhampiran dengan gunung itu, paling terjejas.

Sehingga pagi tadi, kawasan berkenaan masih diselubungi debu.

Sementara itu, media tempatan melaporkan bahawa mangsa yang meninggal dunia adalah pekerja syarikat perlombongan pasir.

Difahamkan, mangsa adalah pengawal keselamatan bertugas pada waktu malam dan tidak sempat menyelamatkan diri.

Gunung Semeru adalah gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, pada ketinggian 3,676 meter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 1:36 PM