Agensi

Jambi: Dipaksa melaungkan azan dan membaca surah Yasin.

Itu hukuman unik dilaksanakan pihak berkuasa di Jambi, Indonesia untuk mereka yang tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Cilegon, Jajang Mulyanan berkata, hukuman itu sebagai pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan.

"Kenapa membaca Yasin? Supaya ada kesan sekali gus mendoakan virus ini cepat pulih dari negara ini," katanya seperti dipetik portal Dinamika Jambi.com.

Beliau berkata, hukuman itu dilaksanakan selepas menyedari orang ramai gagal mematuhi peraturan menerusi operasi sekatan yang dijalankan.

"Masih ramai masyarakat mengabaikan peraturan dikeluarkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

"Belasan penunggang motosikal ditahan dalam operasi kerana tidak menggunakan pelitup muka.

"Malah, ramai yang nekad berpatah balik bagi melalui sekatan itu," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 4:40 PM