DONALD Trump. FOTO fail Reuters
DONALD Trump. FOTO fail Reuters
AFP

New York: Perusahaan milik keluarga Donald Trump didapati bersalah atas dakwaan memalsukan rekod perniagaan untuk mengelak membayar cukai.

Peguam Daerah Manhattan, Alvin Bragg berkata, Organisasi Trump dan entiti berasingan Trump Payroll Corp didapati bersalah atas semua tuduhan, menjadikan kali pertama syarikat itu disabitkan dengan jenayah.

"Ini adalah kes ketamakan dan penipuan," kata Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg," katanya yang mewakili pendakwaan dalam kes itu.

Walaupun Trump tidak didakwa, namun dakwaan perniagaan hartanah, hotel dan golf itu dengan namanya menjejaskan reputasi bekas presiden ketika pencalonan Parti Republikan bagi memilih jawatan presiden pada 2024.

Kedua-dua entiti itu disabitkan bersalah kerana menipu dan mengelak cukai dengan memalsukan rekod perniagaan selama 13 tahun.

Secara keseluruhan, ia didapati bersalah atas 17 pertuduhan.

Hakim bersetuju dengan pendakwa raya, organisasi Trump kini dikendalikan dua anak lelakinya, Donald Jr dan Eric Trump menyembunyikan pampasan yang dibayar kepada eksekutif tertinggi antara 2005 dan 2021.

Bekas Ketua Pegawai Kewangan, Allen Weisselberg, sudah mengaku bersalah atas 15 pertuduhan penipuan cukai dan memberi keterangan terhadap bekas syarikatnya sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan.

Dia tidak mengaitkan Trump semasa perbicaraan.

Rakan rapat keluarga Trump, Weisselberg 75, mengaku merancang dengan syarikat itu untuk menerima faedah yang tidak diisytiharkan seperti pangsapuri tanpa sewa di kawasan kejiranan mewah Manhattan, kereta mewah untuk dia dan isterinya dan tuisyen sekolah swasta untuk cucu-cucunya.

Weisselberg bersetuju membayar denda dan penalti hampir AS$2 juta (RM4.4 juta) serta menjalani hukuman penjara lima bulan.

Mengulas keputusan itu Trump berkata, organisasi Trump tidak bertanggungjawab atas kesalahan Weisselberg kerana melakukan penipuan cukai ke atas penyata cukai peribadinya.

Trump yang kecewa dengan keputusan dalam kes membabitkan perusahaan milik keluarganya itu akan membabitkan akan membuat rayuan.

Sementara itu, Trump diarahkan memberi keterangan untuk tuntutan fitnah seorang wanita yang mendakwa beliau merogolnya pada 1990-an, pada April 2023,

Trump juga menghadapi penelitian undang-undang atas usahanya membatalkan keputusan pilihan raya November 2020 dan serangan penyokongnya ke atas Capitol AS, 6 Januari 2021.

Selain itu, Trump dan tiga anak sulungnya juga berdepan perbicaraan tuntutan sivil Peguam Negara New York yang mendakwa mereka salah mengisytiharkan nilai hartanah, penghujung tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 10:04 AM