INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
INDIVIDU dijangkiti cacar monyet. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata, pihaknya menghantar 56,000 dos vaksin cacar monyet ke kawasan penularan tinggi sebagai sebahagian daripada langkah dalam strategi imunisasi negara.

Sehingga kini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS hanya mengesyorkan vaksin cacar itu ditawarkan kepada mereka yang disahkan terdedah kepada virus.

"Tetapi sekarang, kami mengesyorkan supaya vaksin diberikan kepada mereka yang diketahui terdedah kepada cacar monyet yang dihubungi oleh kesihatan awam, dan juga kepada mereka yang baru-baru ini terdedah yang mungkin tidak dikenal pasti melalui penyiasatan kes dan pengesanan kontak, " kata Pengarah CDC Rochelle Walensky dalam satu taklimat.

Ia memberi contoh seorang lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis, baru-baru ini, mempunyai beberapa pasangan seks di tempat yang terdapat cacar monyet atau di kawasan di mana ia merebak.

Walensky berkata, 4,700 kes dikesan di seluruh dunia semasa wabak yang bermula pada awal Mei, termasuk 306 di AS yang tidak menyebabkan kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 9:53 AM