PASUKAN doktor menjalankan prosedur xenotransplantation atas pesakit yang mengalami kematian otak. FOTO AGENSI
PASUKAN doktor menjalankan prosedur xenotransplantation atas pesakit yang mengalami kematian otak. FOTO AGENSI
Agensi

Montgomery: Sepasukan doktor di University of Alabama, Birmingham (UAB), Amerika Syarikat berjaya membuat prosedur pemindahan dua buah pinggang babi ke badan manusia yang kematian otak.

Ia pembedahan kedua membabitkan pemindahan buah pinggang babi kepada manusia.

Bagaimanapun, prosedur kedua dilakukan 30 September lalu tidak dihebahkan kepada awam sehingga Khamis lalu.

Ia hanya disiarkan selepas keputusan diterbitkan dalam laporan saintifik.

Pembedahan pertama dijalankan lima hari lebih awal di pusat perubatan NYU Langone Health, New York.

Bulan ini media melaporkan seorang lelaki di Maryland menerima jantung babi sebagai usaha terakhir menyelamatkan nyawanya.

Dalam ketiga-tiga kes, genetik babi diubah untuk memastikan ia dapat diterima oleh tubuh manusia.

Pengarah Institut Pemindahan Komprehensif di Jabatan Pembedahan UAB dan ketua penyiasat kajian itu, Dr Jayme Locke berkata, kali ini mereka menggunakan Jim Parsons, 57, yang organnya tidak berfungsi akibat kemalangan.

Ia selepas mendapat persetujuan keluarganya bagi menjalankan kajian itu.

"Buah pinggang Parsons digantikan dengan dua organ sama daripada babi yang genetiknya diubah dan dibesarkan di fasiliti patogen milik UAB.

"Dua buah pinggang itu kekal 77 jam sebelum otak Parsons diisytiharkan mati, dan badannya tidak stabil," katanya.

UAB mempunyai visi menggunakan babi dengan pengubahan sama dalam percubaan klinikal yang diharap bermula tahun ini.

Prosedur yang dipanggil xenotransplantation itu bertujuan untuk membantu menyelesaikan kekurangan organ manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 7:01 AM