ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Times Square, New York City. FOTO AFP s
ORANG ramai menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Times Square, New York City. FOTO AFP s
AFP

Washington: Varian Omicron kini menjadi dominan di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan 73.2 peratus kes baharu minggu lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Isnin.

Peningkatan itu selari dengan data yang dikemukakan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, pada Sabtu.

Sehingga hujung minggu lalu, Omicron hanya menyumbang kepada 12.6 peratus daripada kes Covid-19 di AS.

Omicron sehingga kini menyumbang lebih 90 peratus kes baharu di barat laut dan selatan AS selain sebahagian barat tengah menurut CDC.

Laporan itu disiarkan selepas ucapan Presiden AS Joe Biden mengenai Covid-19 pada Selalu lalu.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Jen Psaki, sebelum ini, dilapor berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung.

Sejak pertama kali dikesan di Afrika Selatan bulan lalu, Omicron sudah dikesan di banyak negara dan ia meranapkan harapan untuk wabak ini untuk pulih.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Disember 2021 @ 10:19 AM