PESERTA tunjuk perasaan menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, di Yangon. FOTO AFP
PESERTA tunjuk perasaan menyertai demonstrasi menentang rampasan kuasa oleh tentera Myanmar, di Yangon. FOTO AFP
BERNAMA

New York: Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.

Menurut Agensi Anadolu, Duta Besar Sweden ke PBB Anna Enestrom memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung yang dipengerusikannya bahawa jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan keputusannya dalam itu.

Pengumuman itu bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.

Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya, kata kenyataan itu.

Taliban, yang merampas kuasa pada pertengahan Ogos daripada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB .

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Disember 2021 @ 1:56 PM