WENDY WEIN. FOTO AGENSI
WENDY WEIN. FOTO AGENSI
Agensi

Lansing: Rancangan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat yang berhasrat menggunakan pembunuh upahan untuk membunuh bekas suaminya tidak berjaya apabila dia menggunakan laman web yang salah.

Ini kerana wanita itu, Wendy Wein, 52, menggunakan laman web jenaka, rentahitman.com untuk mencari seseorang yang boleh membunuh bekas suaminya.

Pemilik laman itu, Bob Innes kemudian membuat laporan polis selepas menerima borang permohonan Wein.

Menurut Monroe News, polis membuat penyamaran berbincang dengan Wein bagi merancang pembunuhan berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Wein menawarkan 'pembunuh upahannya' itu AS$5,000 (RM21,195) untuk membunuh bekas suaminya sebelum dia ditahan Jumaat lalu.

Wein mengaku salah atas tuduhan permintaan pembunuhan itu dan menyalahgunakan komputer untuk melakukan jenayah.

Wanita itu yang kini di reman dengan jaminan AS$500,000 (RM2,119,500) bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup manakala bagi kesalahan kedua maksimum 20 tahun jika mengaku salah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 7:00 AM