MULLER (kanan) bersama pasukannya membangunkan
MULLER (kanan) bersama pasukannya membangunkan
AFP

Washington: Vaksin berkesan tanpa sebarang jarum. Itu antara dilakukan penyelidik bagi meningkatkan usaha menghasilkan tampalan yang berfungsi sebagai ubat untuk menyelamatkan nyawa tanpa sebarang kesakitan ke atas kulit.

Teknik berkenaan dijangka dapat memudahkan kanak-kanak dan mengurangkan ketakutan mereka yang fobia terhadap jarum suntikan.

Selain itu, teknik tampalan juga lebih mudah untuk diuruskan kerana tidak memerlukan penyimpanan sejuk beku malah keberkesanannya mungkin jauh lebih tinggi.

Kajian ke atas tikus yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances menunjukkan keputusan memberangsangkan.

Pasukan penyelidik Australia - Amerika Syarikat (AS) menggunakan tampalan berukuran satu sentimeter persegi yang diletakkan dengan lebih 5,000 pepaku mikroskopik yang sangat kecil hingga kita tidak dapat melihatnya langsung, kata ahli virologi Universiti Queensland, David Muller yang juga penulis bersama kertas penyelidikan berkenaan.

Ia disalut dengan vaksin percubaan dan tampalan diletakkan bersama aplikator.

Penyelidik menggunakan apa yang dipanggil vaksin "subunit" yang menghasilkan semula pepaku yang menghiasi permukaan koronavirus.

Tikus disuntik sama ada menggunakan tampalan selama dua minit atau menggunakan jarum.

Sistem imun kumpulan yang mendapat tampalan menghasilkan antibodi tinggi selepas dua dos, termasuk pada paru-paru, sangat penting untuk menghentikan jangkitan Covid-19.

Penggunaan tampalan juga dilihat lebih berkesan berbanding jarum suntikan.

Apabila dikeringkan atas tampalan, vaksin akan berada dalam keadaan stabil sekurang-kurangnya 30 hari pada suhu 25 darjah Celsius atau seminggu pada 40 darjah Celsius, berbanding beberapa jam pada suhu bilik untuk vaksin Moderna dan Pfizer.

Muller berkata, cara ini memberi kelebihan kepada negara membangun kerana ia mudah digunakan.

"Anda tidak perlukan profesional perubatan terlatih untuk memberikan vaksin menggunakan cara ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Oktober 2021 @ 6:50 AM