CHINA Telecom.
CHINA Telecom.
AFP

Washington: Amerika Syarikat (AS) menyekat operasi syarikat telekomunikasi China Telecom di negara itu susulan isu keselamatan yang 'signifikan' yang terus meningkatkan ketegangan dua kuasa besar itu.

Langkah itu meningkatkan ketegangan yang berlangsung dalam tempoh lama oleh dua ekonomi terbesar dunia itu dalam pelbagai isu termasuk berkaitan Taiwan, Hong Kong, hak asasi manusia, perdagangan dan teknologi.

Keputusan itu dibuat ketika Presiden AS Joe Biden meneruskan dengan dasar 'keras' terhadap Beijing seiring dengan apa yang dilakukan Donald Trump.

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) mengarahkan China Telecom America untuk menamatkan operasi dalam tempoh 60 hari selepas lebih 20 tahun beroperasi di AS.

Firma berkenaan dimiliki dan dikawal oleh kerajaan China mempunyai risiko keselamatan dan penguatkuasaan yang signifikan," kata FCC dalam kenyataan.

Amaran itu dibuat kerana mendakwa Beijing mempunyai peluang untuk mengakses stor dan mengganggu komunikasi AS dan membuka ruang terhadap aktiviti berbahaya kepada negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 3:41 PM