PEMBEDAHAN berkenaan. FOTO AFP
PEMBEDAHAN berkenaan. FOTO AFP
AFP

Washington: Satu pasukan perubatan di Amerika Syarikat (AS) berjaya 'menampal' secara sementara buah pinggang babi kepada seorang individu.

Ia dianggap sebagai keajaiban dan mempunyai potensi oleh pakar bedah.

Pembedahan yang dilakukan pada 25 September lalu membabitkan haiwan penderma yang diubah secara genetik dan pesakit yang mati otak.

Eksperimen dua hari itu mendapat kebenaran keluarga pesakit berkenaan, lapor AFP.

Pengarah Institut Transplan di Universiti New York (NYU) Langone, Robert Montgomery melakukan pembedahan itu dengan beberapa rakannya.

"Ia melakukan apa yang harus (organ) itu lakukan, iaitu membuang sisa dan membuat air kecil," katanya.

Pakar memasukkan buah pinggang babi ke saluran darah di bahagian atas salah satu kaki pesakit, supaya ia dapat dipantau dan sampel biopsi dapat diambil.

Mereka lega kerana ini adalah peluang lain untuk pendermaan organ.

Pesakit kemudian 'dikeluarkan' daripada bergantung kepada ventilator dan meninggal dunia selepas ujian selama 54 jam itu.

Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa buah pinggang daripada babi kekal bertahan pada bahan ujian bukan manusia hingga satu tahun, tetapi ini adalah pertama kalinya ia dilakukan terhadap manusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 10:47 AM