PUTERA Harry dan Meghan dipilih antara penghias muka depan majalah Time untuk edisi berkenaan. FOTO Time Magazine
PUTERA Harry dan Meghan dipilih antara penghias muka depan majalah Time untuk edisi berkenaan. FOTO Time Magazine
Agensi

New York: Putera Harry dan isteri, Meghan Markle berbesar hati apabila disenaraikan dalam senarai 100 Individu Paling Berpengaruh 2021 oleh Majalah Time.

Pasangan itu menzahirkan ucapan itu dalam laman web Archewell, selepas berita itu diterbitkan.

"The Duke and Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan berbesar hati apabila dipilih sebagai 100 orang berpengaruh oleh Majalah Time tahun ini," katanya kenyataan itu.

Sempena dengan pengumuman senarai individu itu, pasangan berkenaan turut dipilih menjadi antara penghias muka depan majalah Time.

Anak bongsu Putera Charles itu menyambut hari kelahirannya ke-37 pada Rabu mengenakan busana warna hitam. Isterinya tampil anggun dengan baju berwarna putih.

Menurut Time, melangkah ke gaya hidup lain bukan satu pilihan yang mudah bagi seorang putera raja yang biasa hidup dalam kemasyhuran.

Namun, Harry dan Meghan memilih untuk hidup bersederhana.

Mereka juga disifatkan sebagai pasangan yang mempunyai keupayaan menempuh detik sukar.

Pasangan ini pernah menarik perhatian dunia apabila bersetuju untuk ditemu bual Oprah Winfrey.

Temu bual menggemparkan itu pada asalnya disiarkan menerusi CBS sebelum ditayangkan ke seluruh dunia.

Pada awal tahun lalu, Putera Harry dan Meghan membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan untuk berundur daripada tugas rasmi sebagai ahli keluarga kanan diraja British.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 6:30 AM