JURURAWAT ketika memeriksa seorang pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Sonora, California. FOTO AFP
JURURAWAT ketika memeriksa seorang pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Sonora, California. FOTO AFP
Agensi

Washington: Tindakan seorang guru di California yang tidak divaksin menanggalkan pelitup muka ketika mengajar menjadi punca penyebaran Covid-19 kepada separuh daripada pelajarnya, Mei lalu.

Pegawai kesihatan awam berkata, ia menyebabkan ahli keluarga dan anggota masyarakat yang lain turut dijangkiti, lapor CNN.

Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) Dr Rochelle Walensky berkata, itu adalah contoh jelas betapa mudahnya menggagalkan usaha melindungi kanak-kanak untuk diberi vaksin,

Guru itu hadir ke sekolah walaupun mempunyai gejala Covid-19 dan kemudian menanggalkan pelitup mukanya ketika mengajar, kata pasukan kesihatan awam di Marin County di dalam laporan mingguannya kepada CDC.

Penyelidik mendapati, guru berkenaan menganggap simptom dialami sebagai alahan dan bukan jangkitan,

Ia separuh iaitu 12 daripada 22 pelajar di sebuah kelas, dijangkiti Covdi-19.

"Sekolah mewajibkan guru dan pelajar memakai pelitup muka ketika berada di dalam bangunan dan keterangan daripada ibu bapa pelajar yang dijangkiti menunjukkan kepatuhan pelajar terhadap garis panduan seperti saranan CDC.

"Bagaimanapun, guru itu dilaporkan tidak mengenakan pelitup muka beberapa kali ketika mengajar terutama ketika bercakap kuat, " menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan sama, sepanjang tempoh mengajar itu, semua meja dipisahkan dengan jarak lebih satu meter.

"Semua bilik darjah mempunyai penapis udara kecekapan tinggi mudah alih dengan pintu dan tingkap dibiarkan terbuka," menurut laporan itu.

Susulan kejadian, seramai 27 orang, termasuk guru dijangkiti, namun tidak ada yang kritikal dan semuanya sudah pulih.

Penyelidik berkata, walaupun tidak dapat melakukan ujian kepada semua individu terbabit, namun kes yang dianalisis membabitkan varian Delta.

CDC menegaskan kes itu sebagai contoh bagaimana pihak sekolah perlu mengikuti semua nasihat kesihatan untuk melindungi pelajar dan kakitangan.

"Virus dibawa oleh seorang guru yang tidak mempunyai gejala dan tidak divaksin, ketika dia mengajar di dalam kelas. Ia menyebabkan jangkitan di sekolah dan komuniti.

"Panduan utama CDC untuk melindungi semua adalah vaksinasi ialah kaedah terbaik. Mempromosikan vaksinasi dapat membantu kembali ke pembelajaran secara langsung serta aktiviti dan sukan," kata Walensky ketika taklimat Covid-19 kepada Rumah Putih pada Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Ogos 2021 @ 2:01 PM