WANITA Yaman dan anak lelakinya mengambil air bersih dari tangki disediakan di kem pelarian. FOTO EPA
WANITA Yaman dan anak lelakinya mengambil air bersih dari tangki disediakan di kem pelarian. FOTO EPA
BERNAMA

New York: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa memberi amaran kira-kira 41 juta orang di seluruh dunia kini di ambang kebuluran.

Menurut Sputnik, WFP menyatakan kebuluran sedang dialami di empat negara - Habsyah, Madagascar, Sudan Selatan dan Yaman - yang menjejaskan 584,000 orang.

"Analisis WFP baru-baru ini menunjukkan seramai 41 juta orang di 43 negara kini diancam risiko kebuluran," kata agensi PBB itu dalam satu kenyataan media.

Menurut WFP, jumlah orang menghadapi masalah kebuluran meningkat dari 27 juta pada 2019.

Peningkatan kebuluran tahun ini didorong kenaikan harga barang makanan penting, ditambah dengan konflik, perubahan iklim dan masalah ekonomi sedia ada, katanya.

WFP menyatakan pihaknya mempunyai kepakaran untuk menjangkau semua yang berisiko kebuluran jika mempunyai dana yang mencukupi. Menurut WFP untuk tahun ini sejumlah US$46 bilion dana diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 1:02 PM