KEDAI berkonsep Harry Porter terbesar di dunia. FOTO AFP
KEDAI berkonsep Harry Porter terbesar di dunia. FOTO AFP
AFP

New York: Kedai berkonsep Harry Porter terbesar di dunia dibuka di sini, Khamis, minggu lalu.

Pengunjung berpeluang memakai jubah Hogwarts dan topi ahli sihir.

Ratusan peminat tegar filem Harry Porter dilihat menikmati minuman dipaparkan dalam filem itu, Butterbeer dan bergambar dengan kasut raksasa Hagrid.

Peminat watak yang terkenal seluruh dunia itu sanggup beratur panjang untuk menjadi pengunjung terawal.

Kedai tiga tingkat itu terletak di Lower Manhattan dan memiliki koleksi terbesar Harry Potter.

"Ini sesuatu yang menakjubkan," kata Margaret Suarez yang tiba empat jam sebelum pembukaan rasmi kedai berkenaan.

Suarez, 30, bercadang mendapatkan tongkat sihir Bellatrix Lestrange untuk dijadikan koleksi peribadinya.

"Saya sememangnya mahu memiliki tongkat sihir itu dan boleh berfantasi," katanya.

Bagi Ruben Juarez, 27, dia dan isteri sanggup menempuh perjalanan dari Dallas di Texas untuk menyaksikan pembukaan kedai berkenaan yang berkeluasan 1,950 meter persegi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 6:30 AM