RAKAMAN kejadian yang tular di media sosial. FOTO Agensi
RAKAMAN kejadian yang tular di media sosial. FOTO Agensi
AFP

Washington: Gabenor Virginia mengarahkan siasatan terperinci berhubung insiden dua polis bersenjata api menahan seorang anggota tentera kulit hitam dan menyembur semburan lada ke muka mangsa.

Ketika kejadian, Leftenan Caron Nazario, yang juga berkulit hitam dan berketurunan Latin berulang kali bertanyakan apa kesalahan dilakukannya.

Polis berkenaan mengacukan senjata api dan mengarahkan lelaki itu keluar dari keretanya.

Polis menuduh Nazario tidak memberikan bekerjasama.

Nazario, yang memakai pakaian seragam tentera, memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu.

Sebelum itu, polis mengarahkan anggota tentera itu memberhentikan SUV itu selepas ia didapati tidak mempunyai nombor pendaftaran kekal.

Sementara itu, rakaman daripada kamera badan anggota polis dan telefon bimbit milik Nazario tersebar di media sosial, hujung minggu lalu.

Nazario sudah memfailkan tuntutan ganti rugi bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4.13 juta).

Selepas insiden itu, dia dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 3:53 PM