FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Washington: Pengeluar vaksin Covid-19, Moderna mengesahkan kini menjalankan ujian tahap awal kepada satu lagi calon vaksinnya.

Berbanding dengan vaksin dihasilkannya sebelum ini, vaksin itu dikatakan boleh disimpan dan dihantar di dalam peti sejuk biasa dan bukan di dalam peti sejuk beku.

Portal CBC melaporkan, syarikat itu mengatakan vaksin terbaru itu dilihat lebih mudah pengedarannya terutama di negara membangun di mana masalah rantaian bekalan.

Kajian peringkat awal itu akan menilai keselamatan dan keimunogenan vaksin generasi baharu itu dikenal sebagai mRNA-1283.

Ujian itu membabitkan peserta ujian orang dewasa yang sihat, yang mana meliputi tiga tahap dos, sama ada satu dos tunggal, atau dua dos yang diberikan selang 28 hari.

Moderna juga merancang untuk menilai vaksin baru, mRNA-1283 sebagai suntikan 'booster' dalam kajian masa depan.

Setakat ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat sudah meluluskan penggunaan kecemasan untuk tiga vaksin di negara itu.

Ia adalah vaksin keluaran Pfizer - BioNTech, Moderna dan Janssen oleh Johnson & Johnson.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 3:11 PM