SEORANG pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi sebuah hospital di AS. FOTO EPA
SEORANG pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi sebuah hospital di AS. FOTO EPA
AFP

Washington: Lebih sejuta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, sejak 14 Disember lalu.

Ia pencapaian terbesar imunisasi dalam sejarah AS walaupun sasaran awal penerima vaksin belum dapat dicapai.

"Ketika kami meraikan tonggak bersejarah ini, kami juga menyedari cabaran mendatang.

"Pada masa ini, bekalan vaksin Covid-19 di AS terhad, tetapi bekalan dijangka terus meningkat pada minggu dan bulan akan datang," kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Robert Redfield.

Tiga juta dos Pfizer dan BioNTech dibekalkan minggu lalu dan sasaran minggu ini mendapatkan dua juta lagi vaksin dari pembekal sama dan enam juta dari Moderna.

Ketua Operasi Warp Speed yang bertindak sebagai penasihat kerajaan, Moncef Slaoui berkata, matlamat mereka untuk menyuntik 20 juta orang bulan ini seperti tidak akan dapat dicapai.

Katanya, kelewatan bermula sejak Ogos lalu ketika dos diedarkan ke kawasan dan usaha suntikan kepada rakyat.

"Namun, saya tetap yakin kita dapat menyuntik 100 juta orang pada suku pertama tahun 2021 dan 100 juta lagi pada suku kedua," katanya.

Setakat ini, AS mencatatkan angka kematian 320,000 akibat Covid-19 yang dijangka menjadi penyebab utama kematian pada tahun ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2020 @ 11:12 AM