ORANG ramai memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam di Buenos Aires. FOTO AFP
ORANG ramai memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam di Buenos Aires. FOTO AFP
AFP

Buenos Aires: Presiden Argentina Alberto Fernandez pada Rabu mengumumkan perintah berkurung pada waktu malam selama tiga minggu.

Ia susulan kos tertinggi Covid-19 selama dua hari berturut-turut di negara itu.

Beliau mengumumkan perkara itu menerusi mesej video dari kediaman rasminya di mana beliau kini menjalani kuarantin kerana dijangkiti virus itu.

Katanya, perintah berkurung itu akan bermula jam tengah malam hingga 6 pagi.

Ia akan dikuatkuasakan di kawasan paling berisiko di negara itu terutamanya di bandar.

Awal Rabu, Kementerian Kesihatan Argentina menyatakan bahawa terdapat 22,039 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Ia rekod baharu selepas 20,870 kes pada hari sebelumnya.

Lebih separuh daripada kes berkenaan dilaporkan di kawasan metropolitan Buenos Aires yang dihuni satu pertiga daripada populasi Argentina yang berjumlah 45 juta.

Setakat ini, 4.5 juta rakyatnya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan lebih 700,000 dos sudah diberikan.

Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika pada minggu lalu berkata, Argentina antara 10 negara dengan kes baharu paling tinggi.

Kerajaan sudah menutup sempadan sejak Disember, dan pertemuan berkumpulan di kediaman peribadi tidak dibenarkan di bandar-bandar utama.

Selain itu, dewan tarian dan gimnasium juga ditutup.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 10:13 AM