Gambar fail, pencarian mangsa terselamat selepas dua bot terbalik di pesisir Godoria, Djibouti, pada 29 Januari 2019. FOTO AFP.
Gambar fail, pencarian mangsa terselamat selepas dua bot terbalik di pesisir Godoria, Djibouti, pada 29 Januari 2019. FOTO AFP.
Agensi

Djibouti: Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas dicampak ke laut oleh penyeludup ketika menyeberangi timur Afrika untuk menuju ke Yaman.

Menurut Organisasi Pelarian Antarabangsa (IOM), mereka adalah sebahagian daripada 200 pendatang termasuk kanak-kanak yang belayar dari sini, pada Rabu dalam bot penuh sesak.

Bagaimanapun, di pertengahan jalan, penyeludup memaklumkan bot terlebih muatan dan mencampak 80 orang ke dalam laut.

"Lima mayat dijumpai dan mereka yang terselamat pula dirawat di sini. Ini bukan kejadian pertama penyeludup memaksa individu keluar dari bot seperti itu," kata IOM.

Ribuan penduduk Djibouti, sebuah negara kecil Afrika berdekatan Teluk Aden terdesak untuk melarikan diri ke Yaman dan negara teluk yang kaya demi kehidupan lebih baik.

Pandemik Covic-19 yang menyebabkan sempadan ditutup telah mengurangkan pergerakan, namun tidak menghalang mereka untuk terus mencuba dalam perjalanan yang membahayakan nyawa.

IOM memberitahu 138,000 orang melakukan perjalanan itu pada 2019, berbanding 37,500 pada 2020, dan pada Oktober tahun lalu, lapan orang ditemui lemas selepas dipaksa keluar dari bot dengan 50 dikhuatiri maut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 4:49 PM