Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
AFP

Lima: Peru mengeluarkan amaran tsunami namun tiada pemindahan dibuat, susulan gempa bumi kuat melanda Pasifik Selatan.

Pusat Operasi Kecemasan Nasional negara itu mengaktifkan 'amaran tsunami di kawasan pesisir pantai Peru' membawa bersama gelombang berterusan sehingga awal pagi hari ini.

Menurut pusat itu, amaran untuk membolehkan penduduk bersiap sedia berpindah ke tempat lebih selamat sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

Gempa terbesar berpusat di sekitar 1,000 kilometer (km) melanda perairan New Zealand, menurut Geologi Amerika Syarikat (AS) dengan gegaran pertama berkekuatan 8.1 skala Richter, disusuli 7.4 skala Ritcher dan 7.3 skala Richter di wilayah sama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 11:08 AM