PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan pandu lalu Covid-19 di Los Angeles. FOTO AFP
PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan pandu lalu Covid-19 di Los Angeles. FOTO AFP
AFP

Washington: Presiden Donald Trump menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna untuk membekalkan 100 juta dos vaksin Covid-19.

Ketika ini, vaksin berkenaan masih dibangunkan oleh syarikat berkenaan dan masih belum diluluskan.

"Saya dengan sukacita mengumumkan kami sudah mencapai kesepakatan dengan Moderna untuk menghasilkan dan memberi 100 juta dos vaksin Covid-19 mereka," kata Trump pada malam Selasa.

Moderna dalam satu kenyataan berkata, kerajaan AS memberi syarikat itu AS$1.5 bilion (RM6.29 bilion) untuk 100 juta dos vaksinnya, apabila ia siap.

Vaksin itu kini melalui fasa ujian klinikal, yang bermula pada 27 Julai lalu.

Moderna turut berkata, pemerintah AS itu akan mempunyai pilihan untuk membeli tambahan 400 juta dos vaksin berkenaan, jika diperlukan.

Pentadbiran Trump berkata, vaksin Covid-19 dijangka akan tersedia pada awal 2021.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 3:12 PM