PELAKSANAAN perintah berkurung itu akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga hari dari sekarang dan penjarakan fizikal juga akan dikuat kuasakan di seluruh New Zealand. FOTO AFP
PELAKSANAAN perintah berkurung itu akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga hari dari sekarang dan penjarakan fizikal juga akan dikuat kuasakan di seluruh New Zealand. FOTO AFP
AFP

WELLINGTON: Rekod 102 hari tanpa kes jangkitan tempatan untuk Covid-19 di New Zealand kini berakhir selepas ia melaksanakan perintah berkurung di Auckland.

Selepas menerima pujian dari seluruh dunia kerana berjaya mengekang penularan virus itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata, terdapat empat kes dari satu keluarga dikesan di Auckland.

"Selepas 102 hari, kami mengesan kes pertama Covid-19 di luar kemudahan kuarantin yang mana sumbernya masih belum diketahui," katanya.

Berikutan itu, kerajaan New Zealand menghantar pesanan kecemasan kepada semua telefon mudah alih yang menyatakan "jika anda di Auckland, sila duduk di rumah dan selamatkan nyawa".

Sehingga hari ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memuji New Zealand kerana 'berjaya menghapuskan jangkitan tempatan'.

Ia melaporkan hanya 22 kematian dalam populasi lima juta penduduk dan tidak melaporkan sebarang kes jangkitan komuniti sejak 1 Mei lalu.

Rakyat New Zealand menjalani cara hidup biasa tanpa pelaksanaan penjarakan fizikal.

Malah, penonton juga dibenarkan menyertai acara sukan dan kebudayaan, walaupun sepadan masih lagi dikawal ketat.

Pelaksanaan perintah berkurung itu akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga hari dari sekarang dan penjarakan fizikal juga akan dikuat kuasakan di seluruh negara.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2020 @ 9:19 PM