GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

JAKARTA: Lelaki dan wanita ditemui meninggal dunia dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai akibat keracunan gas karbon monoksida.

Portal Kompas melaporkan Ketua Polis Cilegon Yudhis Wibisana memberitahu media dalam kejadian di Cilegon, dekat sini, kedua-dua mangsa ditemui tidak berpakaian.

Beliau berkata, pihaknya percaya kedua-duanya melakukan hubungan intim sebelum meninggal dunia.

Katanya, ia berdasarkan kedudukan mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

"Lelaki adalah pemandu MPV, manakala wanita adalah penumpang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada wanita itu.

"Namun, tiada kesan luka akibat kekerasan ditemui pada tubuh mangsa.

"Punca kematian kerana keracunan gas karbon monoksida," katanya.

Dalam pada itu, Yudhis berkata, berdasarkan keterangan keluarga, kedua-dua mangsa menetap dan berasal dari kawasan sama iaitu di satu daerah di Indonesia.

"Mereka bukan suami isteri, tetapi sekadar kenalan kerana masing-masing sudah berkeluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 6:01 AM