DONALD Trump. FOTO AFP
DONALD Trump. FOTO AFP
AFP

WASHINGTON: Donald Trump dilihat menukar nada sokongannya terhadap pemakaian pelitup muka selepas membuat hantaran di media sosial yang memaparkannya mengenakan pelindung berkenaan.

"Kita bersatu dalam menangani virus China yang tidak kelihatan ini.

"Ramai yang mengatakan ia adalah langkah patriotik untuk memakai pelitup muka jika anda tidak boleh melaksanakan jarak sosial.

"Tiada yang lebih patriotik berbanding saya, presiden kegemaran anda semua!" katanya dalam hantaran itu.

Virus berkenaan sudah menjangkiti lebih 14.6 juta individu dan mengorbankan lebih 600,000 yang lain sejak ia muncul di China tahun lalu.

Satu dunia kini masih menanti vaksin yang berkesan dan hanya beberapa langkah boleh dilakukan bagi mengekang penularan pandemik ini.

Satu daripadanya adalah pemakaian pelitup muka walaupun Trump dengan jelas menentang cara berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kini dilihat bergelut mengendalikan krisis berkenaan dengan angka jangkitan kini menghampiri empat juta dan lebih 140,000 kematian dicatatkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 7:06 PM