TREND remaja menyamar sebagai warga emas untuk membeli arak di UK. FOTO Agensi
TREND remaja menyamar sebagai warga emas untuk membeli arak di UK. FOTO Agensi
Agensi

London: Peraturan pemakaian pelitup muka dieksploitasi remaja di United Kingdom (UK) untuk membeli minuman keras.

Taktik mereka gagal dikesan kakitangan kedai yang tidak perasan selepas remaja berkenaan menyamar seperti orang tua.

Ia selepas mereka memakai pelitup muka dan berpakaian seperti warga emas.

Daily Mirror melaporkan seorang remaja berusia 18 tahun teruja mendedahkan, dia menggunakan bedak bayi untuk menjadikan rambut seperti sudah beruban serta memadankannya dengan skaf serta cermin mata dan pelitup muka.

Katanya, taktik itu dapat memperdayakan kakitangan premis menjual arak.

"Saya beritahu, saya tertinggal kad pengenalan dalam kereta dan terus meninggalkan kedai itu," katanya.

Sebuah lagi video tular menunjukkan rakaman seorang remaja perempuan memandu ke kedai menjual minuman keras.

Sambil ditemani rakannya, remaja itu meletakkan pelitup muka dan memakai rambut palsu yang melindungi wajah asalnya.

Dia dilihat berjaya membeli minuman keras selepas membuat aksi berjalan seperti wanita tua.

Senario itu menjadi trend serta dikongsikan di aplikasi TikTok hingga meraih jutaan tontonan dan menerima pelbagai reaksi warganet.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 6:30 AM