DONALD Trump memakai pelitup muka ketika melawat Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland. FOTO AFP
DONALD Trump memakai pelitup muka ketika melawat Hospital Tentera Walter Reed di Bethesda, Maryland. FOTO AFP
AFP

Bethesda, Amerika Syarikat: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat memakai pelitup muka buat pertama kali di khalayak ramai, semalam.

Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam di saat negara itu diancam pandemik Covid-19 yang teruk.

Trump yang memakai pelitup muka berwarna hitam dilihat berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed di luar Washington untuk berjumpa dengan veteran yang cedera.

Malah, Trump hanya berjalan melewati kumpulan wartawan, namun tidak bercakap dengan mereka berhubung perkara yang dinanti-nantikan itu - kemungkinan perubahan Trump untuk mempraktikkan saranan pakar kesihatan (untuk memakai pelitup muka) walaupun beliau sendiri menolaknya.

"Saya fikir memakai pelitup muka sesuatu yang bagus. Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, tetapi saya percaya mengikut kesesuaian masa dan tempat," kata Trump ketika meninggalkan White House.

Minggu ini, media melaporkan pembantu Trump meminta beliau mengalah dan memakai pelitup muka di khalayak ramai, dan membiarkan gambar beliau dirakam, susulan peningkatan kes koronavirus di beberapa negeri.

Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya menangani wabak itu walaupun AS adalah negara paling teruk dilanda dunia

Negara itu mencatatkan lebih 60,000 kes baharu Covid-19 sejak beberapa hari lalu, dengan hampir 135,000 meninggal dunia, malah negeri 'dibiarkan' mencari jalan sendiri untuk menanganinya tanpa strategi jelas dari White House.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 10:47 AM