VIDEO kejadian yang tular di media sosial.
VIDEO kejadian yang tular di media sosial.
Agensi

Kiev: Seorang wanita di Ukraine melakukan aksi 'gila' apabila memakai seluar dalam bagi menutup mukanya selepas tidak dibenarkan berurusan di pejabat pos tanpa pemakaian pelitup muka.

Lapor New York Post yang memetik laporan The Sun, aksi wanita itu dipaparkan dalam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat pos, Nova Posha di Kiev.

Wanita itu dilihat berjalan ke kaunter tanpa memakai pelitup muka sebelum menanggalkan seluar dalamnya berwarna putih untuk menutup muka.

Tindakan spontan wanita itu mengejutkan pelanggan serta kakitangan pejabat pos berkenaan.

Dia melakukan tindakan selepas dimaklumkan tidak akan dilayan tanpa pemakaian pelitup muka.

Saksi memberitahu, wanita dua anak itu tidak gembira dengan pelaksanaan garis panduan keselamatan bagi membendung penularan Covid-19.

"Dia akhirnya menemui cara untuk mengatasi masalah itu.

"Belum ada lagi yang melarang pemakaian seluar dalam sebagai pelitup muka," kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna berkata, wanita itu bernasib baik kerana tidak memakai thong (sejenis seluar dalam wanita) hari berkenaan jika tidak usahanya itu pasti gagal.

Video itu dimuat naik di media sosial oleh seorang kakitangan pejabat pos itu yang kini dikenakan hukuman kerana berkongsi rakaman itu.

Pada April, pihak berkuasa Ukraine mengarahkan semua rakyat perlu membawa kad pengenalan diri dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 5:34 PM